:
PENGENALAN


Pusat Pendidikan Al-Ikram (PPAIPP) bermula dengan penubuhan prasekolah dan sekolah rendah pada 1 Januari 2000 di Taman Seri Gelugor, Tasek Gelugor dan seterusnya pada 1 Januari 2007 Sekolah Menengah Islam Al-Ikram ditubuhkan. Kedua-dua SRI dan SMI beroperasi di bangunan baru di alamat Lot 4360 Mukim 12, Jalan Pokok Machang, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Tadika Islam Al-Ikram juga beroperasi di kawasan yang sama.

Tadika, SRI dan SMI Al-Ikram di daftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan No Pendaftaran masing-masing  (Tadika)JAIPP/PEND/04.T.003 , (SRI) JAIPP/PEND/04.R.001 dan (SMI) JAIPP/PEND/04-M.001.

SRI dan SMI Al-Ikram  juga didaftarkan dengan Unit Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia dengan No Pendaftaran masing-masing (SRI) PJAC001 dan (SMI) PLA2001

PPAIPP adalah sebuah Institusi Pendidikan di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (cawangan Pulau Pinang) dan dikawal-selia oleh IKRAM-MUSLEH melalui barisan Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) yang dilantik oleh Jawatankuasa  Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang.

 

SENARAI PUSAT PENDIDIKAN AL-IKRAM

1.Tadika Islam Al-Ikram

    - 4 Tahun sehingga 6 Tahun


2.Sekolah Rendah Islam Al-Ikram (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Tahfiz Al-Islah-STAIL)

     -  Tahun 1 sehingga Tahun 6


3.Sekolah Menengah Islam Al-Ikram (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Tahfiz - SMART)

      - Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5

 

VISI PPAI

Institusi Pendidikan Integrasi Terunggul

 

MISI PPAI

1.Membentuk para pelajar soleh serta menguasai ilmu yang seimbang, berkemahiran dan berketrampilan.

2.Membangun staf kerja yang berjiwa murabbi, budaya juang tinggi, dan mendokong aspirasi pendidikan IKRAM-MUSLEH.

3.Mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

(Retreat, Okt 2016)