MAKLUMAN PENGAKTIFAN KATA LALUAN AKSES IBU BAPA & PENGGUNAAN APLIKASI ASIS.MY
Dimaklumkan bahawa mulai 24 November 2025 (Isnin), sistem Awfatech akan mengaktifkan penggunaan kata laluan bagi akses ibu bapa dan kakitangan sekolah melalui Web Portal dan aplikasi mudah alih ASIS.MY.
Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan data pengguna selaras dengan piawaian OWASP dan PDPA.
Ibu bapa digalakkan menggunakan aplikasi ASIS.MY (boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play Store) untuk memantau perkembangan murid secara real-time dengan ciri keselamatan yang lebih terjamin.
Panduan penggunaan kata laluan dan pemasangan aplikasi turut disertakan untuk rujukan bersama. >> PANDUAN PENGGUNAAN KATA LALUAN <<
Bagi memastikan kelancaran urusan pada masa akan datang ,mohon waris mengambil tindakan sewajarnya dan menetapkan kata laluan yang mudah diingati atau signifikan bagi mengelakkan masalah terlupa kata laluan.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Masdiana di talian Pejabat Pentadbiran PPAIPP (04-5732622), atau e-mel kepada stailsmartpp@gmail.com
Segala kerjasama dari ibu bapa amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan ,Jazakumullah Khaiyran Katheera












